Tinjauan dalam bahasa Melayu

Pengundian dalam bahasa Melayu

Pengenalan

 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) telah mengisytiharkan status pandemik Covid-19 pada 12 Mac 2020 berdasarkan kadar perebakan, kemudaratan dan kematian yang disebabkan oleh virus tersebut di seluruh dunia. Kesan daripada pengisytiharan itu, kerajaan-kerajaan di kebanyakan negara telah mengambil langkah-langkah untuk mengawal infeksi dan kematian dari COVID-19. Berdasarkan status pandemik, beberapa perkhidmatan seperti perbankan, perniagaan runcit serta perkhidmatan asas contohnya perubatan, pengasuhan, sekolah, sukan dan hiburan tidak boleh diteruskan akibat peraturan-peraturan baru. Keadaan ini pastinya memberi impak dalam pelbagai aspek kehidupan harian yang seterusnya boleh menimbulkan perasaan takut, resah dan ketidakpastian, terutamanya berkaitan dengan masa hadapan. Orang ramai mungkin mula bertanya pada diri mereka sendiri soalan-soalan seperti: “Berapa lamakah keadaan ini akan bertahan?”, “Bagaimanakah ia akan mempengaruhi kehidupan saya dalam jangka masa panjang?’, “Adakah saya akan kehilangan pekerjaan saya?”, “Adakah majikan saya akan terus beroperasi?”, “Adakah ahli keluarga saya akan kekal sihat?” dan banyak lagi. Pengasingan dan penjarakan sosial merupakan faktor risiko kesihatan mental yang penting.

Oleh kerana pandemik COVID-19 memberi kesan yang besar kepada banyak aspek kehidupan harian, warga perkhidmatan kesihatan di seluruh dunia prihatin terhadap kesejahteraan mental wanita hamil. Untuk lebih memahami keadaan semasa dan merancang kaedah pertolongan yang berkesan, International Group of Researchers “PregMIND” telah bersama-sama berusaha menangani masalah ini. Sekiranya anda sedang hamil dan ingin membantu kami memahami dengan lebih mendalam lagi kebimbangan anda mengenai kehidupan seharian semasa pandemik COVID-19, kami menjemput anda untuk mengisi soal selidik sulit ini.

Kajian ini telah menjadi berjaya diselaraskan dan menjadi usaha antarabangsa dalam jangka waktu yang singkat. Untuk memastikan kajian dapat dijalankan dalam masa terdekat, pasukan penyelidik telah menterjemahkan semua borang soal selidik dengan tepat dan terperinci, namun, kesilapan masih boleh timbul. Kami mohon maaf atas kesilapan dan kesalahan yang mungkin anda kenal pasti, dan anda digalakkan untuk menghubungi pasukan penyelidikan yang berkenaan.

Tajuk Projek Penyelidikan

MIND-COVID: Faktor risiko kebimbangan dan kemurungan di kalangan wanita hamil semasa pandemik COVID-19: kajian tinjauan keratan rentas melalui laman sesawang

Kajian tinjauan ini telah diluluskan oleh Centre of Postgraduate Medical Education Research Ethics Committee ( Decision No. 56/PB/2020 )’

PASUKAN KAMI

 

Ahli penyelidik tempatan: Dr Voon Hian Yan
Maternal Fetal Medicine Specialist, Sarawak General Hospital
Adjunct lecturer, Universiti Malaysia Sarawak

TUJUAN KAJIAN

 

Tujuan utamanya adalah untuk membandingkan perbezaan tahap kebimbangan dan kemurungan wanita hamil di antara negara-negara yang terjejas dengan wabak COVID-19. Tujuan kedua adalah untuk menilai aspek demografi, ekonomi dan sosial yang mempengaruhi skor kebimbangan dan kemurungan di kalangan wanita hamil di seluruh dunia pada masa wabak COVID-19. Perbezaan persepsi terhadap aspek yang berbeza mengenai pandemik COVID-19 (penjarakan sosial, limitasi perkhidmatan berkaitan dengan kelahiran) antara negara dan mengikut status wabak (bilangan pesakit yang dijangkiti, jumlah kematian yang dilaporkan). Perbandingan juga akan dilakukan mengikut status peserta COVID-19.

TINJAUAN

 

Ini adalah tinjauan sulit (tanpa nama) berdasarkan laman sesawang yang melibatkan wanita hamil yang tinggal di negara-negara yang terjejas dengan wabak COVID-19. Tinjauan ini terdiri daripada tiga bahagian: 1) Soalan-soalan yang berkaitan dengan demografi umum, sejarah kesihatan kehamilan, sejarah kesihatan mental, faktor sosioekonomi, serta persepsi terhadap perasaan takut, dibebani dan sekatan yang berkaitan dengan pandemik COVID-19 dan 2) General Anxiety Disorder-7 ( GAD-7) borang soal selidik untuk menilai tahap kebimbangan 3) Patient Health Questionnaire-9 ( PHQ-9) untuk menilai tahap kemurungan. Penyertaan melalui laman web untuk penyelidikan kesihatan telah terbukti berkesan dan menjimatkan kos. Pada masa ini, dengan pandemik COVID-19, sumber yang terhad dan sekatan penjarakan sosial, melakukan kajian kesihatan mental yang melibatkan wanita hamil pada skala antarabangsa yang besar tidak dapat dilakukan tanpa melibatkan media sosial.

Tinjauan mengambil masa sekitar 10-15 minit untuk menyelesaikannya. Penyertaan anda dalam tinjauan ini adalah secara sukarela. Semua jawapan yang anda berikan akan dirahsiakan sepenuhnya kerana tinjauan dilakukan tanpa nama anda dan kami tidak dapat mengenal pasti identiti anda.

Anda berhak untuk menarik diri pada bila-bila masa sebelum mengetik butang HANTAR pada akhir tinjauan. Untuk menarik diri hanya  keluar dari halaman web. Tidak ada data atau informasi yang akan dikumpulkan kecuali sekiranya anda mengetik butang HANTAR. Tinjauan ini dilakukan tanpa nama (sulit). Ini bermaksud setelah anda menghantar jawapan anda, pasukan penyelidik tidak dapat mengenal pasti data mana yang anda miliki dan data anda tidak dapat ditarik balik.

 

Dengan menekan butang HANTAR di akhir tinjauan ini, anda bersetuju untuk memberi kebenaran untuk menyertai penyelidikan ini. Anda sama sekali tidak mengetepikan hak undang-undang anda  walaupun anda bersetuju untuk mengisi tinjauan ini.

 

Di dalam penyelidikan ini anda diminta untuk mengisi tinjauan atas talian setepat yang mungkin. Tinjauan ini mengambil masa 10-15 minit untuk dilengkapkan. Tinjauan ini melibatkan soalan berkenaan demografi, status sosioekonomi, kesihatan mental dan kesihatan secara am, penilaian risiko kandungan dan soalan spesifik berkenaan pandemik COVID-19. Ia juga melibatkan dua skala seragam GAD-7 dan PHQ-9 untuk menilai simptom kebimbangan dan kemurungan anda.

 

Anda boleh memilih untuk memberi nama dan cara untuk dihubungi di akhir tinjauan ini sekiranya anda berminat untuk menyertai penyelidikan lain di masa hadapan. Maklumat peribadi anda akan disimpan secara berasingan dan tidak akan dikaitkan dengan informasi yang telah dikumpul dari hasil tinjauan.

 

Kelebihan:

Kajian ini dijalankan oleh sekumpulan pasukan penyelidik bertaraf antarabangsa. Tujuan kajian ini adalah untuk lebih memahami aspek kesihatan mental wanita mengandung ketika pandemik COVID-19. Kami tidak menerima sebarang pembayaran untuk penyelidikan ini maka sebarang pampasan tidak dapat diberikan kepada anda. Kami berharap jawapan anda dapat membantu kami dalam pelan tindakan untuk wanita hamil semasa krisis kesihatan awam sedunia ini.

Risiko:

Tinjauan ini dilakukan tanpa nama dan maklumat yang diberi tidak dapat dikaitkan semula kepada anda. Alamat protokol internet (IP address) anda akan dikumpul oleh alat tinjauan tetapi pasukan penyelidikan tidak akan dapat membaca informasi ini. Disebabkan ini, terdapat risiko kecil gangguan daripada parti ketiga. Ini boleh mengakibatkan informasi daripada tinjauan dapat dikaitkan semula kepada anda melalui alamat protokol internet anda. Untuk mengurangkan risiko ini, tinjauan ini dihoskan oleh pelayan (server) yang selamat di Hospital Obstetrik dan Ginekologi St. Sophie. Pelayan ini adalah juga pelayan yang digunakan untuk menyimpan maklumat pesakit di hospital tersebut, maka ia sangat kukuh dan selamat.

 

Beberapa soalan dalam tinjauan ini akan bertanyakan berkenaan sejarah dan keadaan semasa kesihatan mental anda serta situasi sosioekonomi anda. Beberapa soalan mungkin boleh mengakibatkan ketidakselesaan atau gangguan emosi dan anda mungkin tidak mahu menjawabnya. Anda boleh melompat ke soalan seterusnya atau keluar dari laman web dan secara automatik menarik diri dari penyelidikan ini.

 

Penyimpanan dan perlindungan data:

Privasi dan kerahsiaan anda adalah penting kepada kami dan maklumat ini akan dilindungi kami sepanjang penyelidikan. Kesemua data elektronik (jawapan anda yang diberikan melalui tinjauan ini) akan disimpan di dalam komputer berkata laluan dan dikunci di dalam sebuah bilik di Department of Reproductive health of the Centre of Postgraduate Medical Education di St. Sophie’s Specialist Obstetrics and Gynaecology Hospital di Warsaw, Poland. Data ini akan disimpan di lokasi ini selama 3 tahun sebelum ia dilupuskan.